Loading...

Kelebihan YA WAHHAB

YA WAHHAB bermaksud MAHA PEMBERI.. Mentor-mentor saya yang dah berjaya selalu pesan untuk selalu berzikir YA WAHHAB ni. Kadang2 je bu...

YA WAHHAB bermaksud MAHA PEMBERI..


PEMBERI REZEKI
Mentor-mentor saya yang dah berjaya selalu pesan untuk selalu berzikir YA WAHHAB ni. Kadang2 je buat. Tapi sekali tu dah lama tak buat, tergerak hati nak buat. Saya mula sebut YA WAHHAB dari pagi. Tak tahulah berapa kali sebab tak kira. Pagi2 kat tempat kerja ada sedara sebelah mak saya call nak order SHAKLEE daripada saya. See? Ajaibnya YA WAHHAB...

Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1-Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.
 
2-Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.
 
3-Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).
 
4-Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5-Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6-Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7-Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini dengan HARGA HEBAT & MENJIMATKAN?
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda :  Nurhadira Bt Shokri
Pengedar Sah Shaklee Balik Pulau , Teluk Kumbar & Bayan Lepas Penang
Shaklee ID [ No : 1105799]
Contact No : 013 5328218
Email :  nurhadirashokri@yahoo.com
FB: http://www.facebook.com/deyrazshaklee
Sila PM Admin di sini : http://facebook.com/messages/deyrazshaklee

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1105799 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓
YA WAHHAB 296515418819281872

Catat Ulasan

emo-but-icon

Laman utama item

Chat

Pengikut

Join Shaklee

Popular Posts

Arkib Blog

Random Posts