Loading...

Penyakit Darah Tinggi

Apa itu tekanan darah tinggi?  Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok. ...

Apa itu tekanan darah tinggi?
 Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko menghidap sakit jantung dan/atau sakit buah pinggang, juga strok. Penyakit darah tinggi amat berbahaya kerana kebiasaannya tiada tanda amaran mahupun gejala. Sesiapa sahaja, tidak kira bangsa, usia mahupun jantina boleh menghidap sakit darah tinggi.
Dari saat mula anda menghidap sakit darah tinggi, ia biasanya berkekalan seumur hidup. Anda boleh mencegah dan mengawal tekanan darah tinggi dengan mengambil langkah-langkah tertentu.
 Punca Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya. Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih. Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
Tekanan darah tinggi mungkin juga disebabkan oleh masalah-masalah perubatan lain. Pada kebiasaannya, punca tidak diketahui. Biarpun tekanan darah tinggi tidak boleh disembuhkan namun, dalam kebanyakan kes, ia mampu dicegah dan dikawal.

Kesan Penyakit Darah Tinggi 
1. Strok/otak: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak. Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
 2. Gangguan penglihatan/mata: Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
 3. Arteri/arteri: Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.
4. Kerosakan buah pinggang/buah pinggang: Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.
5. Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
6. Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah. Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.
 7. Serangan jantung/jantung: Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
8. Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angina boleh berlaku. Jika aliran udara tersekat pula, serangan jantung boleh terjadi.
9. Kegagalan jantung kongestif Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.

Langkah-langkah pencegahan
Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.
Cadangan Suplemen untuk Darah Tinggi Pilihlah vitamin semulajadi yang bebas steroid!


Vivix - mengimpak 4 mekanisme utama penuaan sekular.


Omega Guard - melancarkan perjalanan darah, menghalang pembekuan
Vita E - difisiensi selenium berkait pada penyakit jantung (tekanan darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi pada jantung juga)
Garlic - merendahkan tekanan darah
Vit C sustained Release - menghalang pembekuan darah  
ESP - menurunkan tahap kolesterol  
B comp - meredakan stress.
Lecithin - mengemulsi lemak
Ostematrix - kekurangan kalsium berkait dengan tekanan darah tinggi, regulasi jantung

 Anda berminat untuk dapatkan supplement diatas dengan harga yang SUPER JIMAT..Hubungi saya.
------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini dengan HARGA HEBAT & MENJIMATKAN?
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda :  Nurhadira Bt Shokri
Pengedar Sah Shaklee Balik Pulau , Teluk Kumbar & Bayan Lepas Penang
Shaklee ID [ No : 1105799]
Contact No : 013 5328218
Email :  nurhadirashokri@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/deyrazbeautysvita
Sila PM Admin di sini : http://facebook.com/messages/deyrazbeautysvita

✓✓✓ Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1105799 untuk dapatkan supplement anda ✓✓✓
vivix 2236715559226720895

Catat Ulasan

emo-but-icon

Laman utama item

Chat

Pengikut

Join Shaklee

Popular Posts

Arkib Blog

Random Posts